About Me
- azZu
- melaka, melaka
- azzu x cantik tp comel tu buley ler,x ske marah...happy go lucky orng nyer..pendengar masalah atau cerita yang baik..open minded...penyimpan rahsia yg bagus...hihihi... wee~ ^-^
Sunday, April 26, 2009
post by nina ninot....
Cinta....
Cinta tidak mampu berdiri tanpa sayang..
Tanpa sayang siapalah cinta...
Sayang..
Tanpa cinta...
Sayang masih lagi mampu untuk berdiri dengan sendiri...
Sayang dan cinta...
Siapalah cinta tanpa sayang...
Sayang umpama jambatan untuk mencapai puncak cinta..
Tanpa sayang siapalah cinta...
Sayang umpama benih yang subur..
Cinta umpama bunga yang berkembang mekar dengan harumnya..
Tanpa benih manakan dapat bunga...
Tanpa sayang siapalah cinta..
Cinta boleh dipupuk melalui sayang...
Kerana sayang datang terlebih dahulu sebelum cinta...
Sayang adalah kunci segala-galanya...
Dalam setiap hubungan itu sayang adalah tunggak utama...
Sayang adalah kunci segala-galanya...
SIAPALAH CINTA TANPA SAYANG...
APA ADANYA PADA CINTA TANPA ADANYA SAYANG...
Fikir-fikirkanlah...sejauh dan sedalam mungkin..gunalah akal bukan perasaan untuk berfikir..gunakanlah mata hati untuk melihat dan menilai..
Dicatat oleh azZu di 3:10 PM 0 ulasan
Label: LiFe..LoVe...FriEnD...
I'm proud to be a MALAYSIAN...
Kebolehan Negara Dipimpin Mengikut Acuan Sendiri
Negaraku,Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi,sosial,politik,pentadbiran,komunikasi dan lain-lain lagi.Kemajuan ini terbina oleh hasil usaha gigih pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan sekarang yang tidak pernah kenal erti jemu serta tabah dalam menghadapi segala kesulitan.Keupayaan para pemimpin negara dalam mentadbir negara mengikut acuannya sendiri amat aku kagumi.Formula yang digunakan untuk mentadbir negara ini telah mendatangkan hasil yang perlu disyukuri oleh semua pihak. Di bawah ini adalah bukti-bukti bahawa negaraku yang kucintai ini telah membuka mata dunia akan keupayaan serta kepakaran negaraku dalam pelbagai bidang.
[Bukti Pertama]Kepakaran dari segi pembuatan kereta dan motorsikal Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.
Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.
Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.
Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.
Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.
[Bukti kedua]Dasar penswastaan dan persyarikatanBagi mengimbangi ekonomi negara dengan rakyat,dasar penswastaan dan persyarikatan telah dilaksanakan.Dasar penswastaan ini penting untuk menjadikan sesuatu perkhidmatan menjadi lebih baik dan tidak perlu bergantung dengan kerajaan.Contoh badan-badan perkhidamatan yang telah diswastakan ialah Jabatan Tenaga Nasional yang kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad,Jabatan Telekom Malaysia yang kini dikenali sebagai Telekom Malaysia,Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain lagi.Dasar penswastaan dan persyarikatan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat untuk mentadbir sesuatu organisasi dengan lebih cekap,cepat dan efisien.Secara tidak langsung,dasar ini memberi keyakinan kepada rakyat untuk mentadbir dengan lebih baik setanding dengan negara-negara lain.
[Bukti ketiga]Kampung global
Abad ke- 21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi dalam bidang telekomunikasi.Pembangunan prasarana telekomunikasi negara dianggap memasuki era kritikal terutamanya ketika Malaysia sedang memperkemaskan diri sebagai pusat teknologi maklumat yang canggih.Melihat kepada keupayaan dan keberkesanan telekomunikasi tersebut,Malaysia sendiri telah mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) kira-kira empat tahun yang lalu.MSC diharap dapat menjadi jambatan global yang menghubungkan negara kita dengan era maklumat.Putrajaya yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri pada Julai 1998 beroperasi sebagai kerajaan elektronik yang menghubungkan terus dengan negara ASEAN,Amerika Utara,Eropah dan Jepun.dalam sistem perkhidmatan awam juga turut mengalami penyusunan semula dengan membolehkan setiap warganegara berinteraksi secara langsung dengan kerajaan.Agensi-agensi kerajaan secara langsung melalui kemudahan Teknologi Maklumat.Pembinaan pusat Bandaraya Pintar (CyberJaya) dan Pusat Pentadbiran Negara di Putrajaya,Dengkil,Selangor amat tepat pada masanya ketika negara menuju ke alaf baru.Ia adalah sebahagian daripada projek Multimedia Supercorridor (MSC).Antara objektif penubuhan MSC ialah ianya sebagai pusat teleperubatan elektronik,sekolah bestari,pusat pembangunan dan penyelidikan,pusat pemasaran tanpa sempadan dan tempat penggunaan kad pintar.Bangunan Kuala Lumpur City-Centre (KLCC) yang ada sekarang menjadi penghubung di antara bandar Kuala Lumpur denagan Cyberjaya di Dengkil,Selangor.Untuk memajukan sistem komunikasi penyiaran radio televisyen negara ini maka wujudlah Menara Kuala Lumpur .Menara ini adalah bangunan tertinggi Asia keempat dunia.Ketinggiannnya ialah 421 meter.Fungsinya sebagai stesen transmisi bagi telekomunikasi kita.Pembinaan Menara Kuala Lumpur di atas Bukit Nenas dirasakan amat penting oleh pemimpin negara iaitu Dr. Mahathir.Beliau merasakan bahawa pada masa depan rakyat memerlukan kepantasan dari segi komunikasi.Pencapaian kemajuan sesebuah bangsa diukur berdasarkan kepada penguasaan teknologi seperti maklumat.
Kini rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai.Rakyat Malaysia tidak perlu berasa rendah diri dengan negara lain kerana negara kita setanding dengan negara maju dan perlu diiktiraf oleh mereka sebagai yang terbaik.Ini bukanlah perkara untuk menunjuk-nunjuk tetapi adalah sebagai dorongan untuk rakyat Malaysia bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja untuk berjaya.Syabas!!
Kebolehan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang
Sekarang rakyat kita perlu berbangga dengan diri kita sendiri bahawa kita adalah rakyat yang boleh berjaya dalam segala bidang jika diberi peluang.rakyat kita sekarang boleh berdiri sama tinggi,duduk dama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Buktinya lihatlah para pemimpin kita,Dato’ Seri Dr. Mahathir yang begitu lantang menyuarakan pendapat yang bernas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).Kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia kagum dengan keberanian pemimpin kita ini.
Bukti lain pula ialah kebolehan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang.Contohnya beberapa anak Malaysia telah berjaya menaiki gunung yang tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.Nama-nama seperti Magendran dan Mohandas adalah tersenarai dalam buku lipatan sejarah negara.
Adik beradik Read tidak kurang hebatnya apabila berjaya menawan Kutub Utara.Kesejukan yang tidak terhingga dapat diharungi dengan tabah oleh adik-beradik Read ini.
Datuk Azhar Mansur juga tidak kurang hebatnya.Pelayaran beliau mengelilingi dunia secara solo melambangkan disiplin yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.Pelayaran Datuk Mansur ini patut menjadi contoh kepada generasi sekarang dan masa depan untuk mendisiplinkan diri dengan lebih baik lagi dalam melakukan sesuatu perkara untuk berjaya.
Kesimpulannya kita mestilah berfikiran positif,kental,berdisiplin dan menyerahkan takdir kepada Tuhan apabila telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.Kita tidak perlu merasa kecewa apabila gagal dalam sesuatu perkara tetapi berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi bangsa yang maju di dunia.
Malaysia Boleh!!!!
maksud singkatan AKUM/A'KUM....
Maksud singkatan " A'kum"Assalamu'alaikumUntuk renungan bersama :Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang,maka hendaklah kita ganti "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi & orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DANORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan diaguna "Salam" karena salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
nak jadi jururawat!!!!
Dicatat oleh azZu di 12:34 AM 0 ulasan
Label: what i want to be....
Saturday, April 25, 2009
Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang... Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILH dengan apa yang kita ada!!! Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi....
Dicatat oleh azZu di 12:20 AM 0 ulasan
Label: LiFe..LoVe...FriEnD...
Friday, April 24, 2009
post by farahany...
post by yusri...
Thursday, April 23, 2009
Hargailah org yg kita cintai! ..
Pada suatu pagi di satu sekolah
menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Cikgu: Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebutwalaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baikpada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Dicatat oleh azZu di 9:34 PM 0 ulasan
Label: LiFe..LoVe...FriEnD...
Wednesday, April 22, 2009
ummu&azzu...
best frenz aq..
huhuhu...
azu de sowang kawan nie...dri kecik kita orng bersama...
klu azu de prob mesti dy tolong...segala rahsia azu de kat dy..muke kita orng pon lbey kurang ler..orng sllu kate kita orng twins..padahal x pon...kit orng sppu jer..dy pon taurus gurlz...same ler dgn azu...ehmmklu nk tulis psl kita orng bnyk sangat ni..sampai esk pg x abis..t..klu de mse azu citer ag ea...
opss!!!!name dy UMMU NASUHA BINTI MOHD ASRI...
woi nenek!!!!aq sayang giler sama kamu!!!!!^_^ wee~
Monday, April 20, 2009
lelaki....
LELAKI....
Pesan azu untuk dia....
Jadi ler seorang lelaki yang matang,berpendirian..jng terlalu ikutkan perasaan dalam membuat keputusan..fikirlah prasan orng yg terbabit jugak..sayangi ler orng yang menyangngi dri awk tu srtulus ati..tiada manusia yg sempurna..
EGAT LAH AZU SELALU MENYANGNGI AWK SETULUS ATI...
Salam sayang buat mu,
Siti Zulaiha Binti Bujal....
Dicatat oleh azZu di 11:43 PM 1 ulasan
Label: LiFe..LoVe...FriEnD...
Sunday, April 19, 2009
hidup...
Dicatat oleh azZu di 9:15 PM 0 ulasan
Label: LiFe..LoVe...FriEnD...